
Kementerian pengangkutan telah mengumumkan mulai 12 Oktober 2019, semua rakan pemandu wajib memiliki dokumen-dokumen berikut bagi mematuhi Syarat Peraturan E-Hailing terkini:
LESEN PSV
Apa itu lesen PSV?
Lesen PSV adalah sejenis lesen memandu vokasional yang membolehkan pemegangnya untuk memandu kenderaan untuk tujuan pengangkutan. Rakan-pemandu e-hailing kini diwajibkan untuk mempunyai lesen PSV bagi mematuhi Syarat Peraturan E-Hailing terkini.
Untuk Maklumat Lanjut Klik Disini
Cara mendapatkan Lesen PSV KLIK Disini
INSURANCE E-HAILING
Ada 2 jenis insurans e-hailing
- Insurans e hailing tahunan (rm400++/ tahun)
- Insurans e hailing harian (rm1-rm4 / hari) (layak untuk insurans panel grab sahaja)
PEMERIKSAAN PUSPAKOM
• Pemeriksaan puspakom untuk kenderaan ber usia 3 tahun ke atas ( kereta 2011-2016 wajib melalui proses ini)
• Proses ini hanya perlu dilakukan setelah akaun pemandu anda telah diaktifkan (syarat untuk buat pemeriksaan puspakom mestilah mempunyai EVP)
EVP PERMIT
Apa itu Permit Kenderaan E-hailing (EVP)?
EVP ialah satu permit untuk beroperasi bagi mematuhi Syarat Peraturan E-Hailing terkini.
- Terima evp anda (e-hailing vehicle permit)
- Grab akan memohon kepada apad bagi pihak anda apabila anda menghantar lengkap dokumen pendaftaran pemandu grab.
STICKER E-HAILING
Antara Syarat Peraturan E-Hailing terkini, Wajib untuk semua pemandu melekatkan Sticker E hailing pada cermin hadapan dan belakang kenderaan sewaktu memandu Grab
Setelah diaktifkan, anda perlu mengambil pelekat e-hailing anda (2 pelekat setiap pemandu) di kiosk terdekat atau GDC di bandar anda. Pelekat perlu dipaparkan di cermin depan dan belakang kereta.