
Apa Itu EVP?
EVP adalah permit rasmi yang diperlukan untuk setiap kenderaan yang digunakan dalam perkhidmatan e-hailing. Ia memastikan kenderaan tersebut memenuhi standard keselamatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan membuktikan bahawa pemandu beroperasi secara sah.
Keperluan Untuk Memohon EVP
-
Pendaftaran PSV (Public Service Vehicle):
- Pemandu perlu memiliki lesen PSV yang sah.
- Umur minimum untuk memohon PSV adalah 21 tahun.
- Menghadiri kursus teori PSV selama 6 jam di pusat latihan yang diiktiraf.
-
Kenderaan Yang Mematuhi Syarat:
- Kenderaan tidak melebihi usia 15 tahun dari tarikh pembuatan.
- Insurans kenderaan mesti merangkumi liputan untuk kegunaan e-hailing.
-
Dokumen Sokongan:
- Salinan kad pengenalan dan lesen memandu.
- Salinan sijil pemilikan kenderaan (VOC).
- Bukti alamat terkini, seperti bil utiliti.

Proses Pemohonan EVP
Selepas dokumen berjaya disahkan, permohonan EVP yang layak akan diproses dalam sistem APAD oleh Grab, dan ia akan mengambil masa lebih kurang 5 hari bekerja untuk diluluskan.
Terdapat beberapa situasi di mana Permohonan EVP perlu dilakukan:-
- Pendaftaran baru sebagai Rakan-Pemandu Grab
- Pendaftaran semula sebagai Rakan-Pemandu Grab
- Perubahan kenderaan

Grab Hub Cheras
“Jom datang sekarang! Kami akan membimbing anda melalui setiap langkah dengan lancar.”