Syarat Kenderaan untuk Pendaftaran GrabCar di Malaysia

Syarat Kenderaan untuk Pendaftaran GrabCar di Malaysia (2025) 🚗

Jika anda ingin menjadi pemandu GrabCar, salah satu syarat utama ialah kenderaan anda mesti memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh Grab. Kenderaan yang digunakan untuk e-hailing perlu berada dalam keadaan baik, mempunyai insurans e-hailing, dan lulus pemeriksaan yang diperlukan.

1. Syarat Asas Kenderaan untuk GrabCar

Sebelum mendaftar sebagai pemandu, pastikan kenderaan anda memenuhi syarat berikut:

✔ Berumur kurang dari 15 tahun dari tarikh pendaftaran kenderaan.
✔ Kenderaan 4 pintu (hatchback, sedan, atau MPV).
✔ Boleh memuatkan sekurang-kurangnya 4 penumpang (tidak termasuk pemandu).
✔ Kenderaan dalam keadaan baik & bersih – tiada kerosakan besar.
✔ Memiliki insurans e-hailing yang sah.

2. Kenderaan Yang Tidak Dibenarkan untuk Membuat Grab

  • Perodua Kelisa
  • Perodua Viva
  • Perodua Kancil
  • Perodua Kembara
  • Perodua Kenari
  • Inokom Atos (Old model 2007-2010)
  • Inokom Matrix
  • Renault Kangoo
  • Proton Wira
  • Proton Iswara
  • Proton Gen 2
  • Proton Savvy
  • Proton Satria Neo (2 Doors)
  • Proton Waja (Only rejected in Sabah)
  • Kia Spectra/Naza Spectra
  • Kia Sutera/Naza Sutera
  • Kia Picanto/Naza Picanto(Old model 2007-2010)
  • Honda CR-Z (2 Doors)
  • Hyundai Getz (Old model 2007-2010)
  • Hyundai i10 (Old model 2007-2010)
  • Chevrolet Aveo (Old model 2007-2010)
  • Changan Era CM8
  • Pick up trucks (Only rejected in West Malaysia)
  • 2 Doors Vehicles
  • Taxi vehicles / Personal Advertised vehicles

*Jika model kereta anda TIDAK disenaraikan dalam Senarai Kereta Ditolak ini, ini bermakna model itu diterima dalam Grab.

 


**Selaras dengan peraturan e-hailing Malaysia, hanya kenderaan yang dikeluarkan kurang daripada 15 tahun akan diterima. Walau bagaimanapun, dimaklumkan bahawa kenderaan yang berumur 15 tahun ke atas tidak akan dapat memperbaharui cukai jalan melebihi 15 tahun.

 


Contohnya: Jika kenderaan anda berumur 9 tahun dan 5 bulan apabila cukai jalan anda tamat tempoh, anda hanya boleh memperbaharuinya sehingga 10 tahun.

Grab Hub Cheras

“Jom datang sekarang! Kami akan membimbing anda melalui setiap langkah dengan lancar.”

Get Direction to Grab Hub Cheras