Pembatalan E-Hailing Vehicle Permit (EVP)

Apabila pemandu ingin berhenti/keluar daripada platform atau menukar kenderaan e-hailing semasa meraka kepada kenderaan lain/kenderaan baharu, pemandu perlu membatalkan EVP sedia ada mereka.

Situasi Untuk Membatalkan EVP:

  • Mengubah kenderaan
  • Meletak jawatan sebagai rakan-pemandu Grab
  • Menghentikan perkhidmatan E-hailing

Terdapat dua jenis Pembatalan EVP:

A. Pembatalan Sementara

  • Tidak berminat memandu dengan Grab lagi.
  • Menyewa kereta dengan pihak luar.

B. Pembatalan Kekal

  • Umur kereta lebih daripada 15 tahun
  • Pemilik kereta meninggal
  • Perubahan dalam butir kenderaan
  • Tidak lagi berminat untuk memandu sebagai pemandu E-Hailing (Penukaran ke kereta penggunaan peribadi)

Dokumen yang diperlukan untuk Pembatalan EVP:

  • Sijil Pemilikan Kenderaan / Geran Kereta
  • Surat kebenaran daripada pemilik (jika permohonan dibuat oleh pihak ketiga)
  • Surat Makluman Pembelian/Surat Lelong (jika permohonan dibuat oleh pihak ketiga)
  • Salinan IC pemilik (jika diperlukan)

Grab Hub Cheras

“Jom datang sekarang! Kami akan membimbing anda melalui setiap langkah dengan lancar.”

Get Direction to Grab Hub Cheras