DAFTAR SEBAGAI PEMANDU GRABCAR 2022

Jabatan pengangkutan jalanraya dan juga APAD sering mempunyai peraturan-peraturan baru kepada pemandu E-hailling di malaysia. Sebagai seorang pemandu Grab ataupun yang ingin menjadi pemandu grab kita harus cakna dengan perubahan yang ditetapkan oleh kerajaan malaysia.

Pengenalan

Sejak Grab mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2012 sehingga kini, pelbagai perubahan telah dilakukan bersesuaian dengan keperluan masyarakat dan pengutkuasaan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Grab tidak tertakluk kepada perkhidmatan ehailing sahaja, tapi juga perkhidmatan rakan penghantar. Seiring dengan perubahan yang berlaku, keperluan untuk menjadi pemandu dan rakan penghantar juga berubah terutamanya syarat-syarat kelayakan dan dokumen yang diperlukan. Mulai Oktober 2019, syarat kelayakan seperti umur, jenis dan tahun kenderaan untuk menjadi pemandu Ehailing Grabcar mengalami perubahan, disamping kepperluan untuk melengkapkan lesen PSV, insuran, puspakom serta permit kenderaan Ehailing (EVP).

Syarat-syarat

Umur – untuk menjadi seorang pemandu Grabcar, seseorang itu perlulah berumur 21 tahun sehingga 69 tahun. Umur dikira mengikut tarikh lahir seseorang sebagai contoh individu yang lahir pada 27 Disember 2001 hanya layak mengambil lesen PSV ehailing selepas tarikh 27 Disember 2022 sebaik sahaja genap 21 tahun.

Lesen PSV Ehailing – Lesen ini hanya oleh diambil jika seseorang memiliki lesen memandu kompeten (penuh). Lesen ini boleh diambil oleh individu berumur 21 tahun ke atas sahaja. Zahirnya, lesen PSV ini sama dengan lesen untuk membawa teksi, bas, van atau lori sahaja, tetapi bagi lesen PSV Ehailing terdapat Ehailing pada bahagian kelas lesen ini.

contoh lesen PSV E-hailling
contoh lesen vokasional PSV Ehailling

Sekiranya anda memiliki PSV teksi atau kereta mewah, ada tidak perlu menghadiri kelas dan peperiksaan semula. Cuma perlu hadir ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menambah kelas ehailing pada lesen. Selain daripada itu, seseorang perlu menghadiri kelas dan mengambil peperiksaan untuk melengkapkan kelas lesen ini.

Cara mengambil lesen psv

PSV Ehailing boleh diambil di institut memandu yang menawarkan kursus ini atau menghadiri kursus yang ditawarkan oleh Grab di Petaling Jaya. Kursus ini terdiri daripada 6 jam teori dan 1 jam peperiksaan yang mengandungi 60 soalan MCQ (mulitiple choice question). Peperiksaan akan berlangsung pada minggu berikutnya mengikut tarikh yang dipilih oleh peserta. Keputusan peperiksaan boleh disemak melalui portal JPJ selepas 3 hari bekerja.

https://www.jpj.gov.my/en/web/main-site/semakan-keputusan-ujian-memandu

Status lesen yang aktif dengan JPJ
penyataan lesen PSV di dalam sistem JPJ

Bagi peserta yang telah lulus (markah lulus adalah 48 / 60), boleh hadir ke JPJ dengan membawa dokumen berikut:

  1. MyKad asal dan salinan
  2. Lesen memandu asal dan salinan
  3. Borang pemeriksaan kesihatan JPJL8A
  4. Slip MySikap
  5. Gambar passport latar belakang putih
  6. Duit RM 30

Jenis Dan Tahun Kenderaan

– Grab sangat mementingkan kualiti perkhidmatan yang diberi, justeru hanya kenderaan di bawah 10 tahun (mengikut tahun kereta dibuat) sahaja dibenarkan untuk Grab. Kenderaan juga terhad kepada jenis kenderaan yang memiliki empat pintu dan bukan kenderaan pacuan empat roda (4×4). Anda boleh menyemak kelayakan kenderaan ada di sini.

https://www.grab.com/my/jenis-jenis-perkhidmatan-grab/

Puspakom

Bagi kenderaan yang berusia 3 tahun dan ke atas, kenderaan perlu menjalani ujian puspakom selepas akaun berjaya diaktifkan atau sebelum memperbaharui cukai jalan. Hal ini kerana, untuk membuat tempahan slot, nombor permit kenderaan Ehailing (EVP) perlu dimasukkan ke dalam borang tempahan. Untuk makluman anda, puspakom untuk ehailing berbeza dengan puspakom kenderaan untuk jual beli.

Pemeriksaan puspakom berkala pertama dilakukan sekali sahaja bagi tuan pendaftaran di JPJ. Bagi 12 bulan dan tahun berikutnya, pemeriksaan berkala perlu dilakukan sebelum memperbaharui cukai jalan. Antara aspek yang diambil kira dalam pemeriksaan ini ialah badan kenderaan, ekzos, tayar dan rim, saiz no plate, lampu, cermin kenderaan dan pemasangan iklan.  Fi pemeriksaan berkala pertama adalah sebanyak RM 70 manakala rm 50 dikenakan untuk fi pemeriksaan berkala dan rm 20 untuk ulangan sekiranya gagal.

Kenderaan yang menjalani pemeriksaan puspakom ehailing perlu memenuhi kelengkapan umum yang digariskan iaitu alat pemadam api, peti pertolongan cemas dan segitiga keselamatan yang mematuhi piawaian.
Ketahui lebih lanjut berkenaan pemeriksaan puspakom ini melalui link di bawah.https://www.puspakom.com.my/pemeriksaan-kenderaan-e-hailing/?lang=ms

Insurans Ehailing

– Insurans ini adalah perlindungan tambahan kepada perlindungan kenderaan sedia ada sewaktu anda membawa penumpang menggunakan kenderaan persendirian. Sekiranya anda tidak pasti insurans anda mempunyai perlindungan untuk ehailing atau tidak,,anda boleh menyemak maklumat pada covernote insurance kereta anda. Kebiasaannya, pada covernote ada dinyatakan, ehaling coverage atau private hire car.

Insurans ehailing bergantung kepada insurans kenderaan sedia ada. Contohnya, jika anda menggunakan insurans Takaful Ikhlas untuk kenderaan anda, anda hanya perlu menambah insurance ehailing ke dalam polisi sedia ada. Anda tidak boleh mengambil insurance ehailing daripada syarikat insurans yang lain.

Bagi memudahkan anda, boleh rujuk jadual yang dilampirkan di bawah untuk anda menyemak jenis insurance knderaan anda.

Hijau – panel grab. Insurans boleh dibeli secara tahunan atau secara harian melalui aplikasi sebelum memulakan tugas mengambil penumpang. Jumlah yang ditolak dari aplikasi (anggaran rm 1- rm 3)  bergantung kepada insurans yang digunakan.

Kuning – panel grab. Walaubagaimanapun insurans hanya boleh dibeli secara tahunan sahaja.

Merah – bukan panel. Pembekal insurans motor anda tidak menawarkan insurans e-hailing, Justeru, anda perlu menukar insurans sedia ada terlebih dahulu sebelum membeli insurans yang mempunyai perlindungan ehailing. Sumber: https://www.grab.com/my/daily-insurance

contoh-contoh syarikat insurance yang menyediakan ataupun tidak menyediakan insurans kepada penguna Grab

Permit Kenderaan Ehailing (EVP)

– Setelah permohonan yang lengkap dihantar, pihak Grab akan membuat semakan latar belakang pemandu. Sekiranya pemandu tidak memiliki rekod saman, kes polis atau mahkamah, pihak Grab akan meneruskan proses permohonan Permit Kenderaan Ehailing (EVP) bagi pihak pemandu daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Proses ini kebiasaannya mengambil masa antara 7 hingga 14 hari bekerja bergantung pada APAD.

Setelah permit berjaya, Grab akan  mengaktifkan akaun Grab pemandu untuk membolehkan pemandu mengambil dan menghantar penumpang menerusi aplikasi Grab Driver. Nombor permit ehailing akan dipaparkan dalam profile pemandu di dalam aplikasi. Nombor ini diperlukan untuk membuat tempahan puspakom dan perisytiharaan kenderaan ehailing di JPJ.

Anggaran kos

Berapakah anggaran kos yang perlu di keluarkan untuk menjadi pemandu Grab pada tahun 2023/2024?

  1. Latihan PSV = rm 80
  2. Pemeriksaan kesihatan = rm 50 (bergantung pada klinik, boleh survey yang murah)
  3. Kad PSV = rm 20
  4. Puspakom = rm 70

Tetapi anda tidak perlu risau, sekiranya anda berjaya melengkapkan 20 trip dalam masa 30 hari selepas akaun aktif, anda akan menerima semula bayaran balik satu kali bagi bayaran dia atas menerusi pakej pikul bersama,

  1. Latihan PSV = sehingga rm 100
  2. Pemeriksaan kesihatan = rm 50
  3. Lesen PSV = rm 20
  4. Puspakom kali pertama = rm 70

Dengan pakej yang ditawarkan ini, kos sebenar yang perlu dikeluarkan adalah hampir PERCUMA asalkan anda komited untuk menyelesaikan tugas yang ditetapkan (20 trip dalam masa 30 hari).

BE YOUR OWN BOSS

Anda boleh menjana pendapatan dengan menjadi pemandu grab secara part time atau full time kerana Grab tidak meletakkan sebarang shift untuk anda membawa penumpang.

Cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat tidak dapat dielakkan. Namun anda boleh menggandakan usaha untuk menambah pendapatan di waktu lapang dengan menjadikan Grab sebagai pendapatan sampingan.

Sekiranya anda ingin menjadi sebahagian dari komuniti Grab, boleh klik link ini untuk mendaftar.