Kementerian pengangkutan telah mengumumkan mulai 12 Oktober 2019, semua rakan pemandu wajib memiliki Lesen PSV bagi mematuhi syarat peraturan baru untuk menjadi pemandu Grab:
*Anda diingatkan untuk menjelaskan kesemua saman yang ada sebelum memulakan latihan.
Langkah (1) – Menjalani pemeriksaan kesihatan berdasarkan piawaian JPJ L8A
- Muat turun Borang Permohonan Lesen Vokasional JPJ l8a dan lengkapkan detail pemohon klik disini
- Kunjungi mana-mana klinik swasta atau Grab Driver Center yang kami recomend dibawah dan lakukan Pemeriksaan Kesihatan untuk Lesen PSV.
Klinik Grab FREE
Book online: tiny.cc/medical-signup
Tingkat 2,
Axis Business Campus No 13A &13B Jalan 225, Section, Seksyen 51a, 46100 Petaling Jaya, Selangor
Klinik Jameaton RM30
B5-G-3, Jalan Pinggiran 1/2, Taman Pinggiran Putra, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Klinik Perubatan Ampang Putra RM50
Jalan Excellan, Off Jalan Ampang Putra, Ampang, Wilayah Persekutuan Kuala Lump 55100
Poliklinik Lourdes RM80
Mana-mana branch
Qualitas Clinic RM80
Mana-mana branch
Klinik Mediviron RM80
Mana-mana branch
Langkah (2) – Daftar dan Lengkapkan latihan PSV beserta ujian PSV
- Kunjungi mana-mana institut memandu dan bawa bersama kad pengenalan, lesen memandu dan borang JPJ L8A.
semak senarai institut memandu disini: - Daftar untuk latihan 6 jam di institut memandu tersebut.
- Anda perlu membuat bayaran apabila anda mendaftar untuk kelas teori 6 JAM. Jumlah kos akan berbeza mengikut institut memandu. Grab akan membayar balik sehingga RM120 untuk kos ini.
- Tarikh dan waktu untuk sesi kelas teori dan Exam adalah berbeza mengikut institut memandu tersebut.
- Setelah anda melengkapkan latihan, anda boleh mendaftar bagi ujian 1 jam bertulis PSV.
- Setelah melengkapkan latihan dan ujian, institut memandu akan memberikan anda dokumen berikut untuk digunakan pada langkah seterusnya:
- Sijil JPJL2C (Sijil Latihan)
- Sijil JPJL12 (Sijil Ujian PSV)
Langkah (3) – Buat permohonan Lesen PSV di pejabat JPJ
- Kunjungi mana-mana pejabat JPJ dan bawa bersama dokumen berikut untuk memohon Lesen PSV:
- Kad pengenalan (asal atau salinan)
- Lesen Memandu CDL (asal atau salinan)
- Borang JPJL8A (Borang Pendaftaran dan Kesihatan)
- Borang JPJL2C (Sijil Latihan)
- Sjili JPJL12 (Sijil Ujian PSV)
- Gambar berwarna x 1 (latar belakang putih) berukuran 25 mm x 32 mm
- Dapatkan Lesen PSV anda di cawangan JPJ anda berdaftar. Tarikh kutipan akan berbeza mengikut cawangan.
- Sesetengah institut memandu akan membantu anda dengan kesemua proses. Oleh itu, sila semak dengan pihak institut memandu semasa anda menjalani langkah (2).
Langkah (4) – Hantar kad Lesen PSV
- Hantar kad Lesen PSV e-hailing anda untuk dapatkan bayaran balik di borang-borang berikut:
- Rakan-pemandu BARU – (https://register.grab.com/my)
- Rakan-pemandu SEDIA ADA semenanjung Malaysia – (https://grb.to/pakejpikul)
- Pemandu Grab Sarawak – (https://grb.to/borneo)
- Pemandu Grab Sabah – (https://grb.to/Sabah)
Setakat ini (Januari 2020), berikut adalah bayaran balik yang ditawarkan oleh Grab kepada rakan-pemandu:
- Sehingga RM120 untuk lesen PSV (latihan + ujian)
- RM70 untuk pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM pertama
Anda perlu menghantar dokumen yang berkaitan dan resit untuk mendapat bayaran balik.
Bayaran balik akan dibayar ke dalam dompet tunai anda setelah kami mengesahkan dokumen anda*.
*Pengesahan dokumen akan mengambil masa 10 hari bekerja dari masa pengesahan.
Comments are closed.