Seramai 59,689 pemandu teksi dan e-hailing berdaftar di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sejak bulan Oktober tahun ini.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, pelbagai inisiatif dilakukan kerajaan bagi menarik perhatian orang ramai terutama pemandu teksi dan e-hailing untuk mendaftar di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.
“Kita cuba untuk memperkenalkan skim ini bagi menggambarkan risiko boleh berlaku terhadap pekerjaan seperti pemandu e-hailing atau teksi dan ganjaran diberikan Perkeso supaya mereka nampak tentang apa yang boleh dimanfaat di bawah skim ini jika berlaku sesuatu tidak diingini.