Ayah pemandu Grab full-time dapat faedah daripada caruman PERKESO

Ayah kepada pemandu e-hailing Grab, Md Shanizam Saleh, 32, yang meninggal dunia akibat sesak nafas 13 Oktober 2019, telah menerima cek Faedah Pengurusan Mayat bernilai RM2,000.

Saleh Abdul Manaf telah menerima cek sumbangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) itu daripada Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar.

Malahan, beliau juga layak menerima pencen Faedah Orang Tanggungan (FOT) seumur hidup berjumlah RM558 yang akan dibayar secara bulanan.

Ayah kepada lima orang anak itu bersyukur kerana pihak PERKESO tampil menyerahkan caruman yang dilakukan Allahyarham anaknya dan faedah yang layak diperoleh pewaris.