“Belum Cuba Belum Tahu” – Prinsip Pemandu Grab Ini Ubah Hidupnya

Pendapatan Lumayan, Jadual Fleksibel

Pada awalnya, Mimi mengakui dirinya ragu-ragu kerana industri e-hailing masih baru di Malaysia dan kurang wanita yang terlibat dalam bidang ini. Namun, setelah mencuba, dia mendapati hasilnya lebih lumayan berbanding pekerjaan lamanya.

“Pendapatan saya tiga kali ganda lebih tinggi berbanding gaji tetap dahulu. Sebagai pemandu Grab, saya boleh capai pendapatan kasar hingga RM7,000 sebulan. Malah, saya berjaya membeli kereta impian saya dan menyimpan duit untuk masa depan,” jelasnya.

Menurut Mimi, kunci kejayaannya adalah disiplin dan konsistensi. Beliau bekerja setiap hari, mengambil kira-kira 20 trip sehari, bermula dari 7 pagi hingga 10 malam, tetapi tetap mempunyai masa untuk menguruskan rumah dan anak-anak.

“Saya berehat tengah hari untuk memasak dan ambil anak-anak pulang dari sekolah. Saya hanya sambung bekerja selepas pukul 5 petang. Waktu malam pun banyak trip yang boleh diambil sebab jalan tak sesak,” katanya yang menetap di Taman Maluri, Cheras.

Lebih Dari Sekadar Pemandu

Bukan sekadar seorang pemandu Grab, Mimi juga seorang jurulatih kecergasan bertauliah sejak 2014. Jadual fleksibel sebagai pemandu e-hailing membolehkannya terus aktif dalam bidang itu.

“Kalau ada acara yang perlukan saya sebagai jurulatih kecergasan, saya boleh hadir tanpa masalah. Lepas habis acara, saya teruskan trip Grab seperti biasa,” katanya dengan senyuman.

Selain itu, Mimi juga melihat dirinya sebagai ‘duta kecil pelancongan’ kerana sering membantu pelancong asing mengenali Malaysia.

“Banyak kali pelancong salah letak lokasi mereka dalam aplikasi. Saya bantu mereka guna Grab dengan betul, dan kerana keramahan saya, kadang-kadang saya dapat tip yang lumayan. Pernah saya terima RM500 dari seorang pelancong!” katanya.

Keselamatan Terjamin, Masa Depan Cerah

Walaupun ada risiko menjadi pemandu e-hailing, Mimi berasa selamat kerana Grab menyediakan butang kecemasan dan sistem pengesanan masa nyata.

“Jika ada masalah, kita boleh terus hubungi pasukan keselamatan Grab atau pihak berkuasa. Jadi, saya rasa yakin dan selamat sepanjang bekerja,” tambahnya.

Mengenai perancangannya, Mimi tidak bercadang untuk berhenti dalam masa terdekat.

“Saya seronok dengan kerja ini. Saya boleh terus bekerja sebagai pemandu Grab 10 tahun lagi. Ramai veteran yang masih memandu, jadi kenapa tidak?” katanya.

Mimi membuktikan bahawa dengan semangat dan keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru, kehidupan boleh berubah ke arah yang lebih baik. Dari hanya ingin membantu suami, kini dia menikmati kehidupan yang lebih stabil dan bebas.

Seperti kata Mimi, “Tak cuba, tak tahu. Bila dah cuba, baru tahu rezeki itu ada di mana-mana.”

👉 Daftar di Grab Hub Cheras sekarang untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Grab dan nikmati manfaat eksklusif GrabBenefits 2.0!